hello dan selamat petang yek (coz aku tulis ni pn da pkul 1630 da)..utk tip ni actually mesti antara korang da tau n yg baru lagi bermain camera xtau...aku jst nk refresh balik otak yg da byk sgt ilmu engineering n camera =P tip ni aku amek dari saudara noorizam sabran.Antara 45 tip beliau yg terdapat di blog die :-
1. Fotografi bukan untuk menunjuk-nunjuk.
2. Buat sesuatu yang berlainan untuk mencari kreativiti.
3. Cari gaya anda sendiri dalam fotografi.
4. Sentiasa bersabar.
5. Selalu pastikan kamera anda bersih.
6. Bawa selalu tripod anda.
7. Tulis tip tentang fotografi, menulis juga satu cara kita belajar.
8. Tetapkan matlamat anda dan pastikan anda mendapatkannya.
9. Ambil bahagian dalam komuniti fotografi.
10. Terima kritikan tentang gambar anda.
11. Lebihkan kepada mencari komposisi dari pada menekan butang ’shutter’ yang banyak!
12. Perhatikan lokasi anda dengan hati dahulu dan kemudian dengan kamera anda.
13. Dapatkan inspirasi dari hasil kerja jurugambar lain.
14. Ambil gambar anda sendiri.
15. Jangan meniru gaya jurugambar lain.
16. Baca banyak buku tentang fotografi.
17. Peralatan kamera terbaik adalah apa yang anda miliki sekarang.
18. Cari apa yang anda rasakan cantik.
19. Tidak semua benda anda boleh rakam.
20. Berkongsi blog gambar anda.
21. Terima pujian dan ucap ‘terima kasih’.
22. Berkongsi pengalaman fotografi anda dengan rakan.
23. Selalu ingat apa yang membawa anda ke alam fotografi.
24. Jangan rakam gambar seseorang yang tidak mahu gambarnya dirakam.
25. Hormati subjek anda.
26. Selalu lihat keliling, kadangkala subjek yang menarik ada di belakng kita.
27. Ingat, bukan kamera tetapi orang yang berada di belakang kamera.
28. Lebih banyak kesalahan yang anda buat, lebih banyak yang anda pelajari.
29. Percaya pada diri sendiri.
30. Jangan takut untuk kotor.
31. Ambil perhatian tentang kualiti gambar anda.
32. Gambar yang anda ambil adalah imej anda.
33. Berterima kasih dengan komen yang diterima untuk gambar anda.
34. Jangan mudah percaya dengan LCD kamera anda.
35. bawa kad memori yang lebih.
36. Ambil lebih shot jika anda fikir ianya sudah cukup.
37. Rancang apa yang anda hendak rakam.
38. Cetak gambar anda dalam saiz besar, ia menyeronokkan.
39. Belajar dari kesilapan, terus lihat kehadapan.
40. 10,000 gambar pertama anda adalah gambar yang teruk.
41. Cuba berfikir di luar kotak. Cari idea baru fotografi yang boleh dibuat dan selalu bertanya; kenapa tidak?
42. Ingat, tidak semua orang menyukai apa yang anda buat.
43. Kamera yang canggih tidak menjamin gambar yang baik.
44. Ilmu anda dalam fotografi menjanjikan gambar yang baik.
45. Cari mentor.
hahaha mesti byk kan tp xpe jst slow ingt lame2 blh nye
utk tip aku, before korang pegang camera tu, set kan dlm mind korg ape yg korang nk main cam strobe,lanscape,bokeh dan sebagainye begitu jugak klu edit gamba.aku jst bg pandangan aku,aku xpro lagi n sekadar kongsi ilmu..klu korg da pandai (pro) n bace pn pk aku tulis ni ngarut coz aku xkisah,itu hak memasing =)

2 comments:
btol2!..aku setuju dgn yak no.11 ngan no.12 tu...hehehe
-nani-
btol2!..aku sokong yak no.11 n no.12 tuu..hehe
Post a Comment