Pada entri aku nk bg tau ttg peralatan kamera yg perlu korang tau..aku nk share tip ni dgn korg jst skadar ilmu.setiap gamba yg dihasilkan tidak begantung pada lens dan camera tp pengetahuan care penggunaan camera dan lens tersebut...Its not about camera,its about man behind it (aku pn bkn pro sgt pn) XD
Kategori Kamera Digital SLR
1. Pro
2. Semi pro
3. Prosumer
4. Hobyist
Format-format Sensor Kamera DSLR
Format-format Sensor Kamera DSLR
Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan pelbagai factor lain.Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan sensitivity kepada cahaya.Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik walaupun pada ISO yang sangat tinggi.
Full frame
Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm.
Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti:
. Nikon D3
. Canon 1Ds
. Canon 1Ds Mark II
. 1Ds Mark III
. Canon EOS 5D
. Contax N Digital
. Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n
Cropped format
Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera digital yang lebih kecil daripada full frame.
APS-C
Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format jenis ini.Biasanya crop factor untuk APS-c adalah1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon. Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari jenis:
- Canon EF, EFS
- Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N
- Sistem Four Third

0 comments:
Post a Comment